Cara Renew SSM Secara Online di e-Renew.my

  1. Layari www.e-renew.my dan klik ‘Renew SSM Online Now’.

2. Lengkapkan borang Renew SSM Online di bahagian yang berwarna kuning dan pilih berapa tahun untuk ‘Renewal Years’ (minima 1 tahun dan maksima 5 tahun).

3. Pilih ‘Order Type’ yang anda perlukan. Jika anda mahu sijil anda diproses dengan segera boleh pilih ‘Urgent Order atau Normal Order’ dan akan siap seawal 5 minit sehingga 1 jam. Jika tidak perlukan segera boleh kekalkan ‘Non-Urgent Order’ dan akan siap dalam 24 jam.

Selepas selesai semua boleh teruskan ke langkah seterusnya dengan klik button ‘Next Step’.

4. Lengkap maklumat perniagaan SSM anda (Business Information & Contact Information) yang akan diproses untuk renewal dan semak butiran tempahan anda. Pastikan email yang dimasukkan tidak silap untuk mengelakkan kesulitan dan kelewatan dalam menerima sijil SSM baru anda.

5. Pilih cara bayaran (Payment Method) yang ingin anda gunakan. Anda boleh gunakan Online Banking atau Credit mahupun Debit Card untuk buat bayaran secara online.

Jika anda mahu tambah CTC (Certified True Copy) untuk sijil SSM anda yang telah di renew nanti, boleh tick ‘Yes! I want to add Certified True Copy’.

Klik ‘Place Order’ untuk teruskan buat bayaran.

6. Sijil dan dokumen SSM anda yang baru akan dihantar ke email. Sila semak inbox atau spam/junk folder email anda jika perlu. Jika anda masih tidak menerima sijil SSM yang baru dalam masa yang ditetapkan sila hubungi kami di 03-84085522 atau [email protected] untuk bantuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *