Renew SSM Di Kaunter VS Renew SSM Secara Online Di e-RENEW.my

Setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah tertakluk dengan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 & Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.

Antara yang termaktub dalam akta ini adalah kewajipan peniaga untuk memperbaharui (renew) sijil SSM setelah tamat tempoh. Ini bagi memastikan perniagaan yang dijalankan sah di sisi undang-undang.

Terdapat dua cara untuk anda memperbaharui sijil SSM iaitu dengan cara hadir di mana-mana kaunter SSM terdekat atau hanya dengan membuat pesanan atas talian (renew online).

KENAPA PERLU RENEW SSM?

Memang sangat perlu jika anda ingin berniaga secara sah di Malaysia kerana ianya tertakluk di bawah peruntukan akta.

Jadi, apakah kesalahan di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 & Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957?

Seseorang yang meneruskan perjalanan sesuatu perniagaan selepas tamat tempoh pendaftaran apabila disabitkan dengan kesalahan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 

Tidak mempamerkan perakuan pendaftaran apabila disabitkan dengan kesalahan tersebut boleh didenda sebanyak RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya. 

Sesiapa yang didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau sebarang peraturan-peraturan di bawah Akta ini di mana tiada penalti disebut dengan nyata apabila disabitkan dengan kesalahan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

KENAPA SAYA PILIH RENEW SECARA ONLINE?

  • HARGA

Bagi saya, harga ini sangat subjektif. Walaupun renew di kaunter tiada tambahan servis caj, tetapi kos – kos lain yang tersembunyi perlu di tanggung. Contohnya, kos tambang untuk pengangkutan awam, kos minyak kereta dan lain-lain lagi.

Jika perbaharui secara atas talian, harga sudah termasuk servis caj dan tiada kos – kos tersembunyi yang perlu di tanggung.

Jadi, kita perlu lihat elemen yang kedua iaitu dari segi penjimatan masa.

  • MASA

Masa yang agak lama perlu di peruntukkan jika anda mahu berurusan di kaunter. Antaranya, anda perlu mengambil kira masa pergi dan balik, dan masa menunggu di kaunter. Jika ramai orang yang hadir pada masa tersebut, semakin lama masa anda menunggu.

Berbeza dengan membuat tempahan secara online. Sijil SSM akan diterima dalam masa 10 minit sehingga 1 jam sahaja melalui email. Ianya sangat cepat dan masa anda boleh difokuskan untuk perniagaan.

  • DOKUMEN

Jika anda perbaharui SSM di kaunter, sijil akan diterima adalah dalam bentuk hard copy. Antara masalah yang kerap berlaku ialah kehilangan sijil SSM dan anda boleh dapatkan kembali dengan membeli semula di kaunter. Ianya agak megambil masa.

Berbeza dengan membuat tempahan secara online, sijil akan diterima dalam bentuk softcopy.Anda hanya perlu muat turun sijil dan print out sahaja. Jadi, anda tidak perlu risau jika kehilangan berlaku.

  • JAMINAN

Jika SSM anda tidak boleh diperbaharui kerana telah melebihi 12 bulan dari tarikh tamat tempoh, wang anda dijamin akan di kembalikan dalam tempoh 7 hari bekerja. 

Perkara ini biasanya terjadi jika seseorang peniaga itu terlupa tarikh tamat tempoh dan terus membuat tempahan secara atas talian. Perkara ini boleh dielakkan jika anda menghubungi dahulu pegawai khidmat pelanggan untuk bertanyakan tarikh tamat sijil anda sebelum membuat tempahan.

  • AFTER SERVICE

Jika anda perbaharui SSM di kaunter, anda akan dapat one-time service sahaja. Berbeza dengan tempahan secara atas talian, servis yang diberikan adalah sepanjang tempoh pembaharuan. 

Contohnya, jika SSM diperbaharui untuk tempoh 2 tahun, maka sepanjang tempoh tersebut anda boleh meminta semula dokumen secara percuma tanpa sebarang bayaran.

KESIMPULAN

Ini adalah info-info penting yang perlu anda tahu untuk pembaharuan SSM sama ada di kaunter atau atas talian.

Kalau anda mempunyai banyak masa terluang, membuat pembaharuan di kaunter mungkin jadi pilihan anda.

Tetapi, jika anda tidak banyak masa lapang dan mahu dapatkan sijil SSM dengan cepat iaitu dalam tempoh 10 minit sehingga 1 jam,  anda boleh sahaja terus membuat tempahan secara atas talian.

Saya cadangkan untuk anda buat pembaharuan sijil SSM di laman web di sini (renew SSM online). Renew SSM sekarang dan dapatkan promosi kemaskini Maklumat Perniagaan (Bisnes Info) tanpa sebarang caj.

Untuk sebarang bantuan boleh sahaja terus menghubungi pegawai khidmat pelanggan yang bertugas di talian 03-84085522. Semua pertanyaan anda akan dijawab.

Renew SSM HERE!

One thought on “Renew SSM Di Kaunter VS Renew SSM Secara Online Di e-RENEW.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *