Kenapa Pemilik Perniagaan Perlu Memperbaharui Sijil SSM Sebelum Tamat Tempoh?

Terdapat dua sebab utama mengapa pemilik perniagaan perlu memperbaharui sijil SSM secara on time. Sebab yang pertama adalah bagi memastikan perniagaan yang dijalankan sah di sisi undang-undang. Perniagaan akan menjadi tidak sah secara automatik jika pemilik perniagaan gagal untuk memperbaharui lesen perniagaan selepas 12 bulan dari tarikh tamat tempoh.

Sebab yang kedua adalah bagi mengelakkan pemilik perniagaan dikenakan sebarang kompaun jika lewat untuk memperbaharui lesen perniagaan. Bayaran kompaun yang dikenakan oleh SSM adalah seperti berikut; kompaun untuk bulan pertama lewat ialah RM20, dan bulan seterusnya perlu ditambah RM10 bagi setiap bulan yang lewat. Jika pemilik perniagaan didapati lewat untuk memperbaharui lesen perniagaan selama 12 bulan, maka kompaun yang perlu dibayar ialah RM130.

Apakah Kesalahan Di Bawah Peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 & Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957?

Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan atau meneruskan perjalanan sesuatu perniagaan selepas tamat tempoh pendaftaran apabila disabitkan dengan kesalahan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Tidak mempamerkan perakuan pendaftaran apabila disabitkan dengan kesalahan tersebut boleh didenda sebanyak RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

Sesiapa yang didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau sebarang peraturan-peraturan di bawah Akta ini di mana tiada penalti disebut dengan nyata apabila disabitkan dengan kesalahan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bagaimanakah Cara Untuk Memperbaharui Sijil SSM?

Terdapat dua cara yang anda boleh lakukan untuk memperbaharui sijil SSM. Cara pertama ialah anda pergi ke kaunter-kaunter SSM yang berdekatan. Cara ini agak memakan masa kerana anda perlu pergi ke cawangan SSM berdekatan dan beratur untuk menunggu giliran. Jika anda ada banyak masa terluang, maka cara ini sesuai untuk anda.

Cara yang kedua ini lebih mudah dan cepat. Anda boleh terus memperbaharui sijil SSM anda secara online. Sijil SSM anda akan siap dan dihantar terus ke email anda dalam masa 1 jam sahaja. Bagi pemilik perniagaan yang sibuk dan tiada masa untuk pergi ke kaunter, maka cara ini sesuai untuk anda. Cara ini juga sesuai untuk pemilik perniagaan yang tinggal jauh dari cawangan-cawangan SSM yang ada.


Anda boleh terus ke portal ini untuk membuat renew SSM anda secara online.

10 thoughts on “Kenapa Pemilik Perniagaan Perlu Memperbaharui Sijil SSM Sebelum Tamat Tempoh?

  1. MOHAMMAD IQMAL FIKRI SA'ADON says:

    SSM yang dah expired lebih 12 bulan, boleh renew lagi tak? Nak kena buat macam mana?

  2. NG says:

    Do I need officially terminate SSM licensing which ended long time ago (> 15 years) at any SSM branch ? Isn’t the licensing AUTO terminated after expired as I was told

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *